soal derhaka

Posted under Uncategorized by akukaya76 on March 20, 2009 4:32 pm

soalnye siapa yang derhaka

Malaysia Top

Posted under Uncategorized by akukaya76 on March 9, 2009 12:50 pm

BERIBU-RIBU penyokong gerakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
mengingkari arahan polis apabila terus berdegil berarak ke Istana
Negara untuk menyerahkan memorandum, semalam.

PM jamin ambil kira desakan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran
mengambil keputusan segera berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi mengelakkan isu lebih besar
tercetus.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari ada desakan kuat daripada rakyat,
khususnya orang Melayu supaya isu PPSMI diselesaikan segera.

“Isu PPSMI ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif. Kerajaan
mengakui desakan rakyat dan mengambil perhatian terhadapnya.

“Saya berharap Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera kerana
jika tidak, tekanan dan tindakan NGO (badan bukan kerajaan) akan berterusan
dan menjadi lebih besar lagi,” katanya pada sidang media selepas
melancarkan novel fantasi Dragonfire Hammer karya penulis muda berusia 14
tahun, Adam Umemoto, di sini semalam.

Petang semalam, perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI di ibu kota yang
disertai ribuan penyokong, bertukar kecoh apabila kumpulan berkenaan berarak
ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan, walaupun Polis Kuala
Lumpur sebelum ini hanya membenarkan mereka berkumpul di Masjid Negara.

Oleh Zulkofli Jamaludin dan Anwar Hussin
bhnews@bharian.com.my

Kedai Online

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

125x125_2

Video Panduan Lelong

// –>
// –>

// –>
// –>

Kumpulan terbabit yang pada awalnya berkumpul di perkarangan masjid

berkenaan, Pasar Seni dan Kompleks Sogo, untuk mengadakan bantahan secara aman,
mengingkari arahan polis dengan berarak beramai-ramai ke arah Istana Negara.

Bagaimanapun, selepas keadaan terkawal, Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP),
Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said serta beberapa
ahli jawatankuasa lain, dibenar menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana
Negara.

Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran sudah menemui beberapa NGO berhubung
isu berkenaan, tetapi beliau difahamkan kementerian belum bersedia mengumumkan
keputusan yang akan diambil.

Katanya, kajian mengenai pelaksanaan PPSMI sudah dilakukan Kementerian
Pelajaran, termasuk mengambil kira keputusan peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Saya percaya keputusan peperiksaan itu akan memberi asas kepada

Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan. Saya percaya keputusan itu akan
mengukuhkan kepentingan rakyat dan masa depan kita,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata,
kertas Kabinet PPSMI sudah siap untuk dibawa kepada Jemaah Menteri dengan
menjurus melihat dasar pelaksanaan di peringkat sekolah rendah dan kawasan
luar bandar.

“Pandangan mereka (pakar pendidikan dan pencinta bahasa) yang sudah
diluahkan pada sesi meja bulat dan melalui memorandum, adalah pandangan yang
boleh dan sudah kita ambil kira.

“Sekali lagi menjadi tanda tanya, mengapa enam tahun selepas
pelaksanaannya baru hendak buat laporan polis dan mempertikaikan perkara ini
dalam konteks Perlembagaan. Selepas enam tahun baru hendak buat perhimpunan,”
katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu bila kertas Kabinet itu akan
dibincangkan Jemaah Menteri.

Hishammuddin berkata, apa pun keputusan Kabinet, pelaksanaannya hanya boleh
dilakukan tahun depan bermula dengan murid Tahun Satu.

Beliau berkata, pihak yang terbabit membangkitkan isu PPSMI perlu berhenti
seketika melihat keadaan sebenar yang berlaku di negara ini dan tanya siapa
sebenarnya menimbulkan isu berkenaan.

Hello world!

Posted under Uncategorized by akukaya76 on March 8, 2009 11:23 pm

Welcome to BlogChex.com. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Malaysia Harian powered by WordPress. Theme design by MGC business directory for the wordpress themes section, and made free by hotel Cappadocia.